Wednesday, 18 May 2016

Gereja Yesus Benar, Krismas, Chinese New Year, Hari Kaamatan dan Hari Gawai


Berdasarkan topic di atas, di sini saya ingin memberikan pendapat saya berkenaan pendirian Gereja Yesus Benar (GYB) terhadap sambutan Hari Krismas, Chinese New Year (CNY) dan Hari Gawai (HG).

GYB dengan terang-terangnya, lantang-lantangnya melarang sambutan Hari Krismas, Hari Paskah. Artikel-artikel ditulisnya menyatakan sebab mengapa Hari Krismas dilarang. Ahli GYB dilarang sama sekali menyambut Hari Krismas, melibatkan diri dalam aktiviti Hari Krismas and bersocial dengan ahli kristian pada Hari Krismas.

Dua sebab utama yang diberikan adalah
1) Hari Krismas tidak disambut dalam bible
2) Hari Krismas ada sejarah paganisme


Walaubagaimanapun, GYB gagal menyatakan pendiriannya terhadap sambutan lain seperti CNY dan HG. Berdasarkan sejarah, CNY juga
1) Hari CNY tidak disambut dalam bible
2) Hari CNY ada sejarah paganisme

Berdasarkan sejarah, CNY ada hubungkait dengan paganisme dan amalannya. Pada hari pertama CNY, iaitu Nian, penduduk kampung akan meletakkan makanan di dalam dan luar rumah. Ini adalah supaya makhluk Nian akan memakan makanan tersebut dan tidak akan menganggu hasil tanaman para penduduk kampung. 
Amalan bertukar angpao di kalangan orang cina melambangkan pertukaran nasib baik (luck) antara mereka. 

Oleh itu, sekiranya larangan sambutan Hari Krismas harus diterima atas sebab kebenaran, maka Hari CNY juga haruslah dilarang. Akan tetapi, GYB membenarkan ahlinya menyambut Hari CNY dan bertukar angpao semasa Hari CNY. Ahli-ahli GYB juga melawat dan bersocial dengan ahli keluarganya pada Hari CNY. Pendirian yang 'double standard' ini adalah sesuatu yang tidak konsisten.

Manakala Hari Gawai, sambutannya juga ada unsur-unsur paganisme, Hari Gawai dikaitkan dengan 7 tuhan pagan iaitu Sengalang BurongBiku Bunsu Petara,  Menjaya Manang, Sempulang Gana with Semerugah, Selampadai, Ini Inee/Andan, dan Anda Mara.

Pada 31 Mei, upacara akan dilakukan untuk menghalau Muai Antu Rua. (spirit of greed). Sangat jelas, Hari Gawai juga
1) Hari Gawai tidak disambut dalam bible
2) Hari Gawai ada sejarah paganisme

Oleh itu, sekiranya Hari Krismas adalah dilarang sama sekali atas dua sebab di atas, maka HG juga haruslah dilarang sama sekali. Namun, tiada pendirian dari GYB tentang Hari Gawai. 

Seperti juga Hari Kaamatan, iaiya juga dikaitkan dengan ajaran animisme ataupun paganisme. 


Akan tetapi, semua sambutan ini iaitu Hari Krismas, Chinese new year, Hari Kaamatan dan Hari Gawai sudah hilang unsur-unsur paganismenya. Seorang kristian sama ada menyambutnya atau tidak, tidak patut dihakimi sebagai seorang yang menyimpang. Setiap orang haruslah faham akan sebab dan mengapa iaiya patut atau tidak patut disambut

Kesimpulannya, sesuatu budaya tidak seharusnya dijadikan doktrin. Keputusan sambutan hari perayaan haruslah berdasarkan kepada pendapat setiap individu.


2 comments:

  1. Hello, kesimpulannya, setiap Yang tidak dinyatakn dalam alkitab, TIDAK diamalkan atau tidak berlaku dalam GYB/GYS, kerna dasar kepercayaan GYB/GYS adalah alkitab, saya sebagai pemercaya dalam GYB/GYS tidak merayakn Perayaan yg admin sebut,,, kerna kesukaan Allah adalah menuruti segala apa Yang difirmanknnya, jadi apa Yang tidak dinyatakan dalam alkitab, itu menjadi dasar untuk tidak diamalkan atau dirayakan, jadi manakah Yang ingin kita turuti, kesukaan manusia atau Allah-Galatia 1:10
    Jadi bagaimana sekarang: adakah kucari kesukaan manusia atau kesukaan Allah? Adakah kucoba berkenan kepada manusia? Sekiranya aku masih mau mencoba berkenan kepada manusia, maka aku bukanlah hamba Kristus.

    Dan itu bukan sengaja didoktrinkn, tetapi sudah menjadi dasar alkitab, kerana apa Yang tidak ada dituliskan, maka tidak diamalkan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete