Monday, 23 May 2016

Gereja Yesus Benar dan 1 John 5:7


Ahli GYB terutamanya golongan bumiputera dari Sabah Sarawak menggunakan Alkitab yang diterjemahkan dari Bible Versi NIV. Oleh itu, mereka tidak begitu terdedah kepada Bible KJV iaitu King James Version, ataupun nama lainnya Alkitab SABDA

KJV Bible merupakan Authorized Version iaitu Alkitab SABDA yang paling awal dan paling reliable. Ianya satu-satunya Alkitab yang tiada hak cipta terpelihara.

Mari kita lihat kepada ayat 1 John 5:7 dari Alkitab SABDA.

1 Yohanes 5:7

Sebab ada tiga yang memberi kesaksian di dalam sorga: Bapa, Firman dan Roh Kudus; dan ketiganya adalah satu.

Daripada ayat ini, kita dapati konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Firman) dan Tuhan Roh Kudus. Mereka ada tiga dalam satu.

GYB dengan lantangnya menolak dan mengkritik ajaran 'trinity' (tritunggal). Bagi mereka, ajaran sebegini adalah sesat. Ahli-ahli juga dilarang sama sekali menggunakan ayat 'trinity'.
Ayat tritunggal sememang tiada dalam Alkitab, ia digunakan untuk menerangkan konsep Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Kudus.
Seperti juga, ayat Sacramen yang digunakan oleh kebanyakan gereja, ayat Sacramen juga tidak terdapat dalam Alkitab.

Jikalau kita tidak boleh menggunakan ayat 'trinity' kerana ayat ini tiada dalam bible, maka seharusnya kita juga tidak boleh menggunakan ayat Sacramen.

1 Yohanes 5:7 digunakan oleh gereja-gereja awal, dan konsep ini seharusnya diterima umat kristian.




Early manuscript evidence that exists for I John 5:7,8
Early church writers that used it:
Cyprian 200 - 258 AD. "The Lord says, 'I and the Father are one;' and again it is written of the Father, and of the Son, and of the Holy Spirit, 'And these three are one'." If Cyprian quotes I John 5:7 from his Bible in 200• 258 AD, it must be a valid reading. His Bible was copied from an older manuscript containing this verse.
Cyprian lived only 100 years after John wrote the book of I John. Cyprian would have had access to the original manuscript to check.
• Priscillian 350 AD, a Spanish bishop quotes I John 5:7,8.
• Idacius Clarus 360 AD, who opposed Priscillian quotes it.
• Varimadum 380 AD.
• Cassiodorus 485 AD.
• Cassian 435 AD.
• Victor Vita 489 AD.
• Jerome 450 AD.
• Fulgentius 533 AD.
• Ps. Vigilius 484 AD.
• Ansbert 660 AD.
Early bible versions that include it:
Old Syriac 170 AD.
Old Latin 200 AD, in North Africa and Italy.
Italic 4th and 5th century. – Italic • Monacensis 7th century.
Italic • Speculum 9th century.
Latin Vulgate 4th, 5th century.
Greek miniscule manuscripts that include it:
• 221 in the 10th century.(variant).
• 88 in the 12th century.(margin).
• 629 in the 14th century.(Ottobanianus)
• 429 in the 14th century (margin).
• 636 in the 15th century. (margin).
• 61 in the 16th century.(Codex Montfortianus)
• 918 in the 16th century. (an Escorial ms).
• 2318 (a Bucharest manuscript).

Early writings:
Liber Apologeticus 350 AD. Council of Carthage 415 AD.

Wednesday, 18 May 2016

Gereja Yesus Benar, Krismas, Chinese New Year, Hari Kaamatan dan Hari Gawai


Berdasarkan topic di atas, di sini saya ingin memberikan pendapat saya berkenaan pendirian Gereja Yesus Benar (GYB) terhadap sambutan Hari Krismas, Chinese New Year (CNY) dan Hari Gawai (HG).

GYB dengan terang-terangnya, lantang-lantangnya melarang sambutan Hari Krismas, Hari Paskah. Artikel-artikel ditulisnya menyatakan sebab mengapa Hari Krismas dilarang. Ahli GYB dilarang sama sekali menyambut Hari Krismas, melibatkan diri dalam aktiviti Hari Krismas and bersocial dengan ahli kristian pada Hari Krismas.

Dua sebab utama yang diberikan adalah
1) Hari Krismas tidak disambut dalam bible
2) Hari Krismas ada sejarah paganisme


Walaubagaimanapun, GYB gagal menyatakan pendiriannya terhadap sambutan lain seperti CNY dan HG. Berdasarkan sejarah, CNY juga
1) Hari CNY tidak disambut dalam bible
2) Hari CNY ada sejarah paganisme

Berdasarkan sejarah, CNY ada hubungkait dengan paganisme dan amalannya. Pada hari pertama CNY, iaitu Nian, penduduk kampung akan meletakkan makanan di dalam dan luar rumah. Ini adalah supaya makhluk Nian akan memakan makanan tersebut dan tidak akan menganggu hasil tanaman para penduduk kampung. 
Amalan bertukar angpao di kalangan orang cina melambangkan pertukaran nasib baik (luck) antara mereka. 

Oleh itu, sekiranya larangan sambutan Hari Krismas harus diterima atas sebab kebenaran, maka Hari CNY juga haruslah dilarang. Akan tetapi, GYB membenarkan ahlinya menyambut Hari CNY dan bertukar angpao semasa Hari CNY. Ahli-ahli GYB juga melawat dan bersocial dengan ahli keluarganya pada Hari CNY. Pendirian yang 'double standard' ini adalah sesuatu yang tidak konsisten.

Manakala Hari Gawai, sambutannya juga ada unsur-unsur paganisme, Hari Gawai dikaitkan dengan 7 tuhan pagan iaitu Sengalang BurongBiku Bunsu Petara,  Menjaya Manang, Sempulang Gana with Semerugah, Selampadai, Ini Inee/Andan, dan Anda Mara.

Pada 31 Mei, upacara akan dilakukan untuk menghalau Muai Antu Rua. (spirit of greed). Sangat jelas, Hari Gawai juga
1) Hari Gawai tidak disambut dalam bible
2) Hari Gawai ada sejarah paganisme

Oleh itu, sekiranya Hari Krismas adalah dilarang sama sekali atas dua sebab di atas, maka HG juga haruslah dilarang sama sekali. Namun, tiada pendirian dari GYB tentang Hari Gawai. 

Seperti juga Hari Kaamatan, iaiya juga dikaitkan dengan ajaran animisme ataupun paganisme. 


Akan tetapi, semua sambutan ini iaitu Hari Krismas, Chinese new year, Hari Kaamatan dan Hari Gawai sudah hilang unsur-unsur paganismenya. Seorang kristian sama ada menyambutnya atau tidak, tidak patut dihakimi sebagai seorang yang menyimpang. Setiap orang haruslah faham akan sebab dan mengapa iaiya patut atau tidak patut disambut

Kesimpulannya, sesuatu budaya tidak seharusnya dijadikan doktrin. Keputusan sambutan hari perayaan haruslah berdasarkan kepada pendapat setiap individu.